Monday, 12 December 2011

Lelaki dan kesuburan

 LELAKI PUNCA TIDAK SUBUR 
Berbincang mengenai masalah kesuburan, ramai menganggapnya sebagai masalah wanita, sedangkan realitinya hampir 50% masalah membabitkan lelaki, walaupun rata-rata cuba menafikan hakikat ini.
Bahkan, ada banyak kes masalah kesuburan berpunca daripada suami yang enggan bekerjasama menjalani pemeriksaan, menyebabkan rumah tangga sunyi sepi dan isteri terpaksa berdepan pelbagai tekanan emosi.
Berdasarkan kajian, masalah kesuburan boleh dipecahkan kepada 20% membabitkan lelaki saja dan 30% membabitkan lelaki dan perempuan, manakala 15 peratus lagi pasangan didapati normal.
Ini menunjukkan lelaki menyumbangkan 50% masalah di kalangan pasangan yang tiada anak.
Ironinya, lelaki hanya perlu menjalani ujian air mani, sedangkan si isteri terpaksa melalui beberapa pemeriksaan iaitu ujian keseimbangan hormon, imbasan ultra-bunyi bagi memastikan rahim dan saluran tiub fallopia tidak bermasalah dan tiada ketumbuhan, endometriosis atau fibroid serta pemeriksaan kualiti telur.
Tembok Keegoan
Malangnya, tidak ramai lelaki sanggup merendahkan tembok keegoan kerana bimbang jika disahkan masalah kesuburan berpunca daripada mereka, ia boleh dianggap mencalarkan harga diri.
Namun, anggapan lapuk ini perlu diketepikan kerana lebih cepat mereka menjalani pemeriksaan, iaitu selepas setahun berkahwin dan kerap mengadakan hubungan kelamin tetapi masih tiada anak, terutama di kalangan pasangan berusia, masalah lebih mudah diselesaikan.

KATEGORI KETIDAKSUBURAN 
Masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :
Masalah sperma akibat kecacatan kongenital (sejak lahir) pada organ peranakan lelaki seperti:
1.Ketiadaan vas deferens (tiub panjang yang menyalurkan sperma) dan sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani. Ini menyebabkan air mani tidak mengandungi sperma langsung apabila dianalisis.
Daripada sini, pakar urologi akan menjalankan siasatan lanjutan terhadap keadaan fizikal buah zakar seperti saiz dan kedudukan melalui ujian hormon, sinar-X dan ultra bunyi.
2.Masalah vas deferens tersumbat — dapat diatasi melalui pembedahan, pengambilan ubat dan biopsi.
Air mani tidak dapat dikeluarkan,- sebaliknya mengalir balik ke dalam pundi kencing. Masalah ini boleh disebabkan penyakit kencing manis atau pengambilan ubat tertentu. Pasangan boleh dibantu mendapatkan anak melalui teknik persenyawaan in-vitro (IVF). Namun kes ini jarang berlaku.
3.Genetik — sama ada membabitkan kromosom, sista fibrosis atau masalah sindrom autoantibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang perlu dimusnahkan. Masalah autoantibodi biasanya membabitkan lelaki yang pernah menjalani vasektomi (kaedah pemandulan dengan mengikat vas deferens terutama di kalangan lelaki Barat). Bagaimanapun, kes ini juga jarang berlaku.
4.Masalah hormon — Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah. Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan ubat.
5.Gangguan seks — Seperti mati pucuk atau ejakulasi awal. Ini biasanya disebabkan tekanan, pengambilan ubat antidepresan, mengawal tekanan darah tinggi atau kolesterol. Ubat penguat seks seperti viagra bagaimanapun hanya untuk ereksi, tetapi tidak membantu menambah jumlah sperma.
6.Masalah urat (salur darah) pada testis kembang atau timbul. Akibatnya, aliran darah tidak lancar dan boleh merosakkan epididimis dan mengurangkan jumlah sperma. Masalah boleh dibantu melalui pembedahan dan IVF.
7.Senaman keterlaluan – seperti angkat berat. Dalam keadaan ini, badan menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma.
8.Tekanan,- terutama di tempat kerja atau masalah psikologi. Namun ia biasanya lebih dialami wanita.
9.Obesiti — kesuburan lelaki boleh menurun jika terlalu gemuk kerana mereka mungkin berdepan masalah kekurangan atau tiada sperma langsung.
10.Pengambilan dadah,- alkohol dan merokok. Tiga faktor yang perlu dielakkan jika mahu kekalkan kesuburan.
Terdedah kepada bahan beracun atau pencemaran.
11.Makanan, terutama jika terlalu banyak makan makanan laut (tiram, kepah, lala, kerang, kepala udang) kerana ia mengandungi banyak raksa yang boleh mengurangkan jumlah sperma.
Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.
Rawatan kemo atau radioterapi boleh membunuh semua sel dan sperma. Oleh itu lelaki yang perlu menjalani rawatan ini dinasihatkan supaya menyimpan sperma dalam bank sperma untuk digunakan kelak.
Serangan penyakit seperti buah pinggang, sirosis hati dan kurang zat. Malah, lelaki yang mendapat beguk selepas akil baligh juga boleh mengalami masalah kekurangan atau ketiadaan sperma. Puncanya masih tidak diketahui.
Segera Mendapatkan Rawatan.
Masalah kesuburan ini akan terus berpanjangan jika tidak mendapat rawatan. Ada juga lelaki yang pada awal perkahwinan normal, tetapi menjadi tidak subur selepas beberapa ketika atas faktor yang diceritakan tadi.
Namun bagi pasangan yang berkahwin lewat, segeralah buat pemeriksaan jika tidak mendapat anak selepas setahun berkahwin.
Terdapat banyak kaedah moden boleh membantu pasangan mendapatkan anak, asalkan lelaki sanggup bekerjasama. Antara teknik yang biasa digunakan ialah persenyawaan dalam rahim (IUI, sperma terbaik akan dipilih dan dimasukkan ke dalam rahim isteri untuk persenyawaan) yang sesuai bagi lelaki yang mengalami masalah bilangan sperma rendah (15 juta hingga 17 juta/mililiter).
Jika tidak berjaya, pasangan boleh beralih kepada teknik IVF (persenyawaan luar rahim, embrio akan disuntik ke dalam rahim isteri). Namun, pasangan berumur disarankan supaya terus menggunakan kaedah ini.
Kaedah terbaru adalah suntikan sperma Intra-sitoplasmik (ICSI) iaitu teknik persenyawaan secara mikromanipulasi atau bantuan di mana sperma akan disuntik ke dalam telur di bawah mikroskop supaya tersenyawa menjadi embrio sebelum dimasukkan ke dalam rahim.
Jika anda mengalami masalah kesuburan, jangan malu kerana anda bukan bersendirian. Lebih baik menjalani pemeriksaan saintifik (rawatan moden) untuk mencari puncanya. Namun, jangan berharap boleh berlaku perubahan mendadak selepas menjalani rawatan kerana sperma mengambil masa lama untuk dihasilkan.
Sehingga kini tiada kaedah boleh membantu memulihkan keadaan sepenuhnya atau mencapai tahap normal, tetapi jangan cepat putus asa, sebaliknya terus berusaha mendapatkan zuriat.
Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :)

FAKTA MENARIK TENTANG SPERMA..


TAHUKAH ANDA …?
1) Tahukah anda sperma ‘ditembak’ selaju kira-kira 10 mph dari zakar..
2) Sperma perlu berenang 7 inci dari serviks melalui uterus untuk
ke tiub fallopio sebelum mensenyawakan ovum….
3) Sesudah masuk ke rahim, sperma bergerak pada kadar 15 minit bagi setiap 1 inci…
4) Sperma yang paling laju berenang akan tiba di ovum sepantas 45 minit,
manakala yang paling slow akan ambil masa sehingga setengah hari.
5) Jika tiada telur didapati selepas hubungan kelamin, sperma akan menunggu sehingga 72 jam..
6) Bagi setiap proses ejakulasi, berjuta-juta sperma dibebaskan, tapi cuma beberapa dozen sahaja yang mampu sampai ke ovum…

SPERMA, ANTARA FAKTA DAN MITOS

Mitos
* Memiliki sperma yang cair sering dianggap mandul sedangkan ia tidak tepat. Sebaliknya, penghasilan sperma yang subur dan normal bergantung kepada jumlah sperma, pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.
Sperma dikatakan tidak mampu menembusi pakaian. Jawapannya, salah! Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan kepada ukuran sel benih bersaiz mikron untuk menembusi pakaian wanita.
* Amalan makan putih telur dianggap mampu menambah kandungan sperma - ini hanyalah mitos! Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung kepada saiz buah zakar. Untuk mendapatkanjumlah sperma yang mencukupi, adalah digalakkan untuk mengambil makanan bergizi dan berprotein. Secara teori, kuning telur sebenarnya lebih banyak zat berbanding putih telur!
* Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas proses ejakulasi. Jawapannya tidak benar! Ini kerana sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan spermasudah berubah dan tidak banyak seperti lazim.
Fakta
* Secara purata kira-kira 100 juta sperma terkandung dalam setiap ejakulasi lelaki.
* Dalam hubungan seks, air mani diejakulasi ke hujung faraj. Sperma perlu berenang dari dalam faraj menembusi serviks (pintu rahim), merentasi ruang dalaman rahim menuju ke tiub falopio kanan dan kiri serta penghujung tiub ini untuk bertemu dengan ovum (jika ada) untuk membolehkan persenyawaan berlaku.
* Saiz buah zakar mempengaruhi bilangan sperma dan saiz melebihi 12 ml dianggarkan isi padu buah zakar yang sihat dan kurang dari itu mungkin menghasilkan kurang atau tiada sperma.
* Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ejaculatory system.
* Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Air mani hanya meleleh walaupun lelaki itu muda.
* Kandungan sperma dalam air mani ialah antara dua hingga lima peratus. Sebilangan besar isi padu air mani ialah cecair dari pundi prostat (60 hingga 70 peratus) dan yang selebihnya dari pundi seminal, pundi cowpers dan pepundi dalam salur kencing selain cecair dari pundi epididimis. Berhenti merokok dapat mengubah komposisi ini.
* Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratussperma yang bergerak juga kurang serta perlahan atau lambat.



Sekiranya ada yang bertanya kepada saya...apakah supplement tambahan yang boleh diambil untuk meningkatkan tahap kesuburan? jawapan yang saya berikan adalah bagi suami, cda  cadangkan mengambil set A yang terdiri daripada:

VitaLea (multivitamin)
B-complex- memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon
Vitamin C- berperanan dalam pembentukan sperma dan ditambah dengan 
Vitamin E- membantu menstabilkan hormon reproduktif serta
Zink - meningkatkan tahap testeron dan bilangan sperma pada lelaki
  

Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...