Monday, 28 January 2013

Gastrik a.k.a DUGAL


Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
  • ·         Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • ·         Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • ·         Pengambilan kokain
  • ·         Merokok
  • ·         Stres
  • ·         Gangguan autoimun
  • ·         Penyakit crohn
  • ·         Radiasi dan kemoterapi
  • ·         Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • ·         Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • ·         Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • ·         Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • ·         Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.








Selamat| Semulajadi Berkesan

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

GASTRIK/DUGAL : Makanan Berasid Dan Makanan Beralkali




Tahukah anda jenis makanan yang anda ambil dalam kehidupan sehari-harian? 

Adakah anda seorang yang prihatin terhadap tahap kesihatan anda? 

Adakah anda mengamalkan gaya pemakanan yang sihat mengikut diet seimbang yang disyorkan oleh pakar pemakanan?

Mari kita pelajari serba sedikit mengenai makanan berasid dan makanan beralkali serta kesan pengambilannya pada tubuh badan kita.


Gambar di atas menunjukkan carta pH dalam makanan. Skala 1-6 menunjukkan skala makanan berasid, skala 7 adalah makanan yang neutral ataupun semulajadi manakala skala 8-14 menunjukkan skala makanan yang beralkali. Kita digalakkan mengambil makanan yang berskala 7 dan ke atas kerana makanan yang beralkali memberi kita lebih banyak manfaat dari segi kesihatan, kecergasan minda dan tubuh badan kita. 

Apabila kita terlalu kerap mengambil makanan yang berasid, badan akan menjadi kurang sihat dan kita akan mudah terdedah dengan pelbagai risiko penyakit yang kronik seperti sakit jantung dan darah tinggi. Selain itu, badan akan menjadi kurang cekap dalam menyerap vitamin dan mineral pada makanan yang dimakan dan proses membaiki sel-sel rosak dalam badan akan semakin berkurangan.

Bayangkan badan kita adalah seperti sebuah kereta. Sekiranya kita tidak pernah menukar minyak ataupun melakukan penyelenggaraan berkala, kereta akan mudah rosak. Begitu juga dengan badan kita. Apabila kita asyik makan makanan yang berasid, minum air yang tidak berkhasiat, tinggal dalam kawasan yang tercemar dan tidak melakukan senaman, badan akan terdedah kepada bahaya seperti kereta tadi.

Tentu ramai dalam kalangan kita yang tidak sedar dan ada juga tidak tahu langsung untuk membezakan makanan yang berasid dan makanan beralkali. Di sini, saya tunjukkan carta dan jadual yang amat berguna untuk kita jadikan panduan pengambilan makanan dalam kehidupan sehari-harian kita.





Anda boleh muat turun carta dan jadual ini, perbesarkan dan simpan sebagai panduan.





Kebanyakan pakar-pakar pemakanan mengesyorkan kita untuk mengambil makanan yang beralkali sebanyak 80% dan makanan berasid sebanyak 20%. Sekiranya kita mengekalkan diet ini, badan kita akan lebih bertenaga pada sepanjang masa dan peluang untuk mengekalkan keseimbangan nilai pH alkali dalam badan adalah tinggi.





Sekarang, anda sudah boleh membuat pilihan yang bijak dalam memilih makanan yang beralkali dan makanan berasid. Banyakkan meminum air masak ataupun air mineral semulajadi kerana ia boleh membantu menjaga kesihatan anda. Mulai saat ini, pilihlah makanan yang berkhasiat untuk diri anda dan keluarga anda untuk menjamin masa depan yang bahagia. Anda adalah apa yang anda makan.


Saturday, 19 January 2013

Penyusuan 2 tahun



Entri kalini adalah untuk mengucapkan rasa syukur Cda kerana Berjaya mencapai impian untuk menjayakan Penyusuan Selama 2 tahun.

BUAT NURUL SHIFA AUNI:

Selamat hari lahir ke -2 buat puteri mama Nurul Shifa Auni, Selesai juga tanggungjawab mama menyusukan anak mama selama 2 tahun ni...alhamdulillah

Mama suka sekali apabila menyusu sambil merenung anak mata bundar shifa dalam pangkuan, sa
mbil menggengam jari tangan mama, bagai tidak mahu dilepaskan. Itulah saatnya mama paling dekat dengan Auni. Dan itulah saatnya anak mama mengharapkan mama. Tiada yang lain...

Janji mama, mama akan susui Auni sehingga Auni sendiri tidak memerlukannya lagi. 

Kenangan menyusui Auni pasti akan berlalu....Auni akan membesar, belajar, berkahwin dan akan jauh dari mama..tapi itu lumrah hidup, kenangan masa kecil adalah sekali saja...

Doa Mama sentiasa mengiringi hidup mu Auni..moga Auni menjadi anak yang Solehah, Sihat dan sentiasa mendokan Mama & Babah
Dari : Mama Anas & Auni


DAN BUAT BABAH..


Buat suamiku, bertapa pentingnya Suami disisi Isteri kerana

-Dialah yang paling dekat dengan kita dalam kehidupan seharian. ---Dialah yang kita dambakan untuk memberi sokongan di kala kita menghadapi kesukaran.

-Dialah memberi dan menyediakan makanan yang baik dan halal untuk kita. 

-Dialah bapa kepada anak yang kita susukan dan mesti dia juga inginkan yang terbaik untuk darah dagungnya.

Jadi Suamiku, terimakasih kerana sudi bergandingan dengan isterimu ini untuk menjayakan Misi ini...






Monday, 7 January 2013

Derita Radang Sendi( Osteoarthritis)


Rata-rata  ibu bapa yang semakin menigkat usianya pasti mempunyai masalah sakit sendi ini...lebih menyedihkan bila mereka mempunyai masalah kencing manis dan darah tinggi pada masa yang sama. terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan untuk mengelak diri dari terus sakit.

pengalaman mentua cda, askit lututnya menjadi-jadi selepas ia bersara (Pencen). Rutin hariannya pagi, kekedai membeli sarapan dan sayur, T.hari berehat dan ke masjid untuk solat berjemaah. begitu juga petang dan malam... bila melakukan banyak aktiviti atau berjalan jauh, mesti sakit lututnya bertambah. kesian abah.. 

buat mereka yang tidak tahu Apakah masalah Radang sendi ini, disini ada sedikit info yang cda dapat dari Berita Harian. mudahan ia akan dapat membatu kite mengenali apakah radang sendi ini.



OA penyakit orang berusia, tetapi bukan alasan hentikan aktiviti lasak

Osteoarthritis (OA) atau keradangan sendi sering dianggap penyakit orang tua. Peningkatan aduan penghidap sakit sendi juga semakin ketara sejajar pertambahan usia individu. Hakikatnya, golongan berkenaan perlu sentiasa bersedia berhadapan dengan risiko penyakit berkenaan.

Sungguhpun pelbagai jenis rawatan tersedia termasuk pengambilan ubat dan pembedahan, tetapi dalam banyak keadaan, pesakit perlu memastikan badan mereka ‘bersedia’. 
Perunding dan Pakar Bedah Ortopedik, Hospital Pakar Ampang Puteri (APSH) Datuk Dr Syed Abdul Latiff Alsagoff, berkata sebagai contoh, pesakit bertubuh gempal, mereka perlu mengurangkan berat badan terlebih dulu. 


Sekiranya tidak, rawatan diberikan kurang berkesan atau hanya bersifat sementara dan akan berulang lagi.

“Disebabkan pesakit terdiri daripada orang berusia, pengurusan artritis boleh menjadi lebih mencabar apatah lagi sekiranya pesakit menghidap pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Pergantungan kepada pelbagai jenis ubat menyebabkan mereka boleh menjadi kecewa dan tertekan dengan situasi dialaminya,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

OA memang tidak popular osteoporosis atau tulang reput, namun ia adalah salah satu jenis dari keluarga besar penyakit Arthritis yang paling sering terjadi.


OA mengganggu aktiviti penderita

Osteoarthritis (OA) termasuk penyakit nombor dua selepas penyakit jantung yang mengganggu aktiviti. Walaupun tidak menimbulkan kematian tetapi ia boleh mengganggu aktiviti penderita dan menyebabkan gangguan dalam produktiviti kerana menyebabkan sendi lutut berasa ngilu, kaku, dan bengkak sehingga sering kali menyebabkan gerak sendi terbatas.

Bahagian paling kerap mengalami rasa sakit ialah pinggul, lutut, pergelangan kaki dan tangan. Bagaimanapun, ada kajian menunjukkan, orang Asia lebih kerap mengalami sakit lutut berbanding pinggul manakala 'Caucasians' lebih banyak mengalami sakit pinggul berbanding lutut.

Kajian menunjukkan, satu dari enam penduduk menderita penyakit OA. Data yang dikeluarkan oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO) pula menyebut 40 peratus penduduk dunia yang berusia lebih dari 70 tahun akan menderita OA lutut. Dari jumlah itu 80 peratus di antaranya mengalami masalah keterbatasan pergerakan.


Gel kurangkan sakit


Kata Dr Syed, sasaran rawatan OA ialah untuk mengurangkan rasa sakit dan jika pesakit boleh menguruskan rasa sakit, dengan mengurut, ia sudah cukup baik.

Bagaimanapun, kalau mereka berasa terlalu sakit, doktor akan bagi ubat penahan sakit, tetapi ia meningkatkan risiko luka atau ulser dalam perut,” katanya.

Memperlihatkan diabetes semakin meningkat di Malaysia, ia memberi petunjuk pesakit yang menghidap OA berhadapan penggunaan banyak ubat dan bertindih-tindih rawatan.
Kata Dr Syed, penggunaan gel ‘Flexiseq’ untuk rawatan kesakitan dan sakit yang dikaitkan dengan OA antara disarankan.

“Ia secara klinikal terbukti untuk mengurangkan kesakitan yang dikaitkan dengan artritis lutut dan diluluskan sebagai alat perubatan untuk rawatan semua sendi yang terjejas oleh OA. Ia menunjukkan peningkatan kekakuan sendi dan fungsi fizikal pada pesakit dengan OA lutut,” katanya yang menyarankan pesakitnya mencuba ‘Fleziseq’.

Datuk Dr Syed, berkata, pesakit dengan gangguan sendi, seperti OA, didapati mempunyai tahap dikurangkan daripada phospholipid dalam bendalir sinovia mereka.

“Saya amat gemarkan cara gel ini berfungsi. Secara berterus terang, penggunaan gel yang disapu pada bahagian luar bahagian sakit lebih baik daripada ubat makan atau menjalani pembedahan,” katanya.

Flexiseq pertama-seumpamanya, menggunakan teknologi nano dan tidak mengandungi bahan aktif farmaseutikal, ia mengandungi Sequessome vesikel, yang berasaskan lipid, skala nano sfera yang mampu menembusi kulit.

Gel ini tidak mengandungi bahan aktif farmaseutikal dan menggunakan mod tindakan fizikal iaitu tiada interaksi dadah, sebagai lawan kepada 'mod kimia tindakan'), ia adalah rawatan yang terbukti berkesan tanpa sebarang komplikasi.

APAKAH OSTEOARTHRITIS (SAKIT SENDI)?


OSTEOARTHRITIS (SAKIT SENDI)
Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
1.      Sakit pada sendi yang terlibat.
2.      Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
3.      Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
4.      Adanya pembesaran tulang sendi.

Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Osteoartritis:
1.      Golongan tuadan sudah berumur
2.      Golongan obesiti
3.      Sukan yang menyebabkan impak yang berulang dan memerlukan pergerakan pantas seperti bola sepak
4.      Mengangkat barang-barang yang berat.
5.      Lemah otot paha (quadriceps)
6.      Abnormal tibial rotation

RAWATAN PERUBATAN:
Rawatan yang biasa diberikan untuk mengurangkan kesakitan termasuklah
non- streoidanti- inflammatory drug (NSAID). 

Pesakit juga boleh diberikan rawatan glucosamine sulphate bagi mengurangkan kesakitan dan dipercayai boleh memperbaiki sendi-sendi yang terlibat. Malah, bagi pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan , mereka boleh diberikan corticosterioid yang bertujuan mengurang proses keradangan dalam sendi.

Selain ubat penahan sakit yang dimakan, ada juga ubat sapu yang diperbuat daripada gel atau krim yang boleh digunakan untuk kelegaan tambahan. Ubat-ubatan ini selalunya tidak lagi berkesan untuk peringkat osteoartritis yang teruk. 
Ubat-ubat baru seperti glucosamine,chondroitin dan diacerin adalah termasuk dalam kategori ubat-ubat tambahan dan sokongan yang boleh di ambil bersama dengan analgesia.Ketiga-tiganya bertindak dan mempunyai fungsi yang berlainan.

Glucosamine bertindak dengan mengembalikan cecair sendi dan membantu melicinkan pergerakan sendi. Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan sakit sendi kerana geseran.

Chondroitin boleh menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil pada peringkat awal osteoartritis

Diacerin pula bertujuan untuk mengurangkan radang di sekitar sendi di samping boleh menolong mengurangkan sakit akibat osteoarthritis.

Ubat jenis suntikan intra-artikular seperti asid hylarunik juga boleh digunakan untuk menambah cecair pada sendi yang bermasalah. Suntikan ke dalam sendi ini boleh memberikan kesan yang cepat dengan mengurangkan sakit dan mengurangkan bunyi geseran (crepitus) akibat dari osteoarthritis.

Pesakit perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga suntikan setiap minggu untuk satu rawatan penuh bagi satu-satu sendi. Walaubagaimanapun, kini terdapat produk asid hylarunik yang hanya perlu disuntik sekali sahaja bagi memberikan kesan hampir sama.



KENALI JOINT HEALTH TABLET DARI SHAKLEE
Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrient penting lain termasuk zink, tembaga, mangan dan vitamin c untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Campuran formula saintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamina yang pekat dalam campuran yang akan memanfaatkan kesihatan sendi dengan berikut:

·                     Menyokong keselesaan sendi
·                     Membantu mengekalkan tulang rawan
·                     memelihara tulang penyambung yang sihat


TAHUKAH ANDA?


Peyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina. Shaklee advanced Joint Helath Tablet adalah 100% bebas daripada KONDROITIN.

KENAPA SHAKLEE JOINT HEALTH TABLET INI BERBEZA?

Sentiasa selamat:
·    100% berasaskan sayur sayuran
·     Tidak mempunyai perasa tiruan, pemanis atau pengawetan.
·      Bebas gluten

Sentiasa berkesan:
·      Tiada KONDROITIN bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik
·        Ekstrak proprietari Boswellia yang digunakan dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat bagi menyokong keselesaan sendi, tetapi juga mengandungi bahan semulajadi lain daripada resin Boswellia yang mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja.

Sentiasa mesra alam:
·     Botol yang dikitar semulajadi
·     Pembungkusan yang bebas bisfenol-A (BPA)



Selamat| Semulajadi Berkesan

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Wednesday, 2 January 2013

Mulakan tahun baru dengan Nutrient yang betul


Selamat tahun baru 2013 buat semua pengunjung blog onesupplement dan diucapkan jutaan terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada Cda selama cda bersama shaklee, tahun ni masuklah 2 tahun cda bersama Shaklee n sejujurnya cda katakan, semua mengakui akan Keberkesanannya dan yang penting, ia selamat untuk semua peringkat umur.

2 tahun yang sudah Cda adalah pengguna Shaklee, dan sekarang Cda sebagai Shaklee Distributor. Bergelar Shaklee Distributor banyak mengenalkan cda dengan kenalan yang baru...semuanya baik-baik belaka.

 nak tahu bila Cda mula membeli shaklee? set pertama yang cda ambil adalah set  breastfeeding set untuk memenuhi keperluan nutrisi cda sebagai BF Mom, sebagai isteri, sebagai wanita yang bekerja.

>>>Apa yang cda Dapat?<<<
-badan sentiasa bertenaga
-berjaya BF sehingga anak berumur 2 tahun <-- BeSt!!
-berat badan lebih ideal selepas bersalin
-MooD lebih stabil n positive
- 0 demam sepanjang tahun lepas
- lebih produktive mengurus keluarga
- 1 family boleh ambil supplement dan kekal sihat

Nasihat cda buat kenalan, sahabat, pengguna shaklee dan khasnya buat Pelanggan onesuppelement, agar menjalani aktiviti hidup yang sihat seperti mengamalkan pemakanan yang seimbang, melakukan senaman dengan kerap dan menjaga kesihatan mental. Janganlah nanti sudah terantuk baru tergadah. Hargai dan syukurilah nikmat kesihatan yang Allah SWT berikan kepada kita. Gunakan waktu yang sihat ini untuk mencari lebih banyak ilmu, memperbanyak amalan dan ibadat kepadaNya...

SELAMAT TAHUN BARU...
SEMOGA SEMUA SIHAT SELALU..
DARI:
CDA & ONESUPPLEMENT



KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS 

Jika anda berminat untuk mendapatkan supplement, jangan segan silu untuk PM |text|whatsApp cda k.. :)


Selamat| Semulajadi Berkesan

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.