Saturday, 19 January 2013

Penyusuan 2 tahun



Entri kalini adalah untuk mengucapkan rasa syukur Cda kerana Berjaya mencapai impian untuk menjayakan Penyusuan Selama 2 tahun.

BUAT NURUL SHIFA AUNI:

Selamat hari lahir ke -2 buat puteri mama Nurul Shifa Auni, Selesai juga tanggungjawab mama menyusukan anak mama selama 2 tahun ni...alhamdulillah

Mama suka sekali apabila menyusu sambil merenung anak mata bundar shifa dalam pangkuan, sa
mbil menggengam jari tangan mama, bagai tidak mahu dilepaskan. Itulah saatnya mama paling dekat dengan Auni. Dan itulah saatnya anak mama mengharapkan mama. Tiada yang lain...

Janji mama, mama akan susui Auni sehingga Auni sendiri tidak memerlukannya lagi. 

Kenangan menyusui Auni pasti akan berlalu....Auni akan membesar, belajar, berkahwin dan akan jauh dari mama..tapi itu lumrah hidup, kenangan masa kecil adalah sekali saja...

Doa Mama sentiasa mengiringi hidup mu Auni..moga Auni menjadi anak yang Solehah, Sihat dan sentiasa mendokan Mama & Babah
Dari : Mama Anas & Auni


DAN BUAT BABAH..


Buat suamiku, bertapa pentingnya Suami disisi Isteri kerana

-Dialah yang paling dekat dengan kita dalam kehidupan seharian. ---Dialah yang kita dambakan untuk memberi sokongan di kala kita menghadapi kesukaran.

-Dialah memberi dan menyediakan makanan yang baik dan halal untuk kita. 

-Dialah bapa kepada anak yang kita susukan dan mesti dia juga inginkan yang terbaik untuk darah dagungnya.

Jadi Suamiku, terimakasih kerana sudi bergandingan dengan isterimu ini untuk menjayakan Misi ini...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...